Saturday 26 March 2011

VEMMA 'Power'

Jutawan Pertama VEMMA di Asia

Petikan dipetik daripada Majalah Jutawan Edisi Jun 2010

Dari insan biasa dia membina impian untuk menjadi luar biasa dengan cara luar biasa. Norsalehin Ismail, 28' anak kelahiran negeri yang sinonom dengan kepupularan ‘anak mami', hari ini nyata telah hampir memenuhi impian luar biasanya. Tika pemuda lain masih tergapai-gapai mencari arah dan matlamat hidup, namun tidak bagi graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam bidang kejuruteraan awam ini.

Lima tahun bertugas mengikut bidang yang dipelajarinya di pusat pengajian tinggi, bagi Salehin kepuasan yang diingini belum dikecapi. Terutama impiannya untuk mengubah nasib dan taraf hidup keluarga mendesak. Sedangkan modal menjadi masalah utama terutama apabila dia bukannya dilahirkan atas dulang emas.

Terlibat dalam dunia perniagaan internat secara tidak langsung siapa sangka memberi sedikit ruang sebagai jalan pintas kepada anak muda ini memenuhi impiannya.


“Saya memperjudikan nasib untuk mencuba perniagaan ‘networking’ secara ‘online’. VeMMA telah diperkenalkan oleh teman sosial yang dikenali di laman maya, Matt Morrow dari California. Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Royal Ambasadors ini yang memperoleh pendapatan lebih US100 ribu sebulan mengubah hati saya lantar terus membuat kajian mengenai produk yang ditawarkan, potensi dan peluang untuk mencapai kejayaan bersama perniagaan yang mana saya sendiri tidak kenali,” cerita Salehin mengimbau pertemuan awal bersama syarikat yang kini memberi banyak peluang yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini.

Menurut Salehin, enam bulan pertama perniagaan yang dijalankan secara sambilan ketika itu memperoleh keuntungan sekitar RM500 hingga ke RM1000 sebulan. Melihat kepada peningkatan pendapatan pada perniagaan yang dibina, Salehin nekad melepaskan jawatan disandang untuk memberi perhatian kepada perniagaan online ini tanpa berpaling lagi.

“Perniagaan online VeMMA cukup mudah. Modalnya sekitar RM342 iaitu pembelian untuk set produk, mempunyai sebuah komputer atau komputer riba dan talian internet. Itu sahaja. Perniagaan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa batasan. Namun harus diingat, perniagaa ini tidak terikat dengan majikan dan masa kerja 9 hingga 5; tetapi anda harus punyai komitmen dan disiplin yang tinggi agar usaha yang ada tidak kandas di pertengahan jalan,” ujar Salehin lagi.

Menurutnya lagi, rutin hariannya sama seperti mereka yang kerja bermajikan yang mana, awal pagi dia akan bersedia seolah-olah ingin ke pejabat. Selepas sarapan pagi, yang membezakannya ialah dia tidak perlu tertekan dengan kesesakan lalu lintas, tidak perlu mengeluarkan modal untuk petrol dan tol. Tetapi dia akan membuka computer ribanya, Menjawab semua email diterima dan membuat panggilan susulan dengan rakan niaga yang lain. Jika perlu dia kemudiannya akan berkunjung ke ibu pejabat di Petaling Jaya untuk berdiskusi dengan rakan niaga tersebut.

Nyata usaha Salehin tidak sia-sia kerana selepas tiga tahun produk berasaskan jus berkhasiat buah manggis ini bukan sekadar memberi pertambahan ketara dalam nilaian ringgit miliknya, juga seluruh kehidupannya sekeluarga. Namanya bukan sahaja berada di pangkat Elite Team dalam ‘VeMMA Group’ malah lebih membanggakan dirinya turut diiktiraf sebagai Jutawan Muda Melayu VeMMA pertama di Asia dengan puluhan ribu ahli yang berada di bawah naungannya.

“Keistimewaan VeMMA juga selain telah menembusi pasaran 56 Negara, malah syarikat yang diasaskan oleh BK Boreyko, pengasas VeMMA dari US ini juga tidak memerlukan modal besar untuk menyertainnya. Dan ia cukup jika sekadar mengguna sendiri atau bersama keluarga produk terbabit. Anda juga tidak perlu risau berkaitan sewa pejabat setiap bulan serta lain-lain keperluan kerana pejabat anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja."

“Walaupun masih baru dalam industri ini, namun bersama syarikat ini saya mengenal dunia luar seperti mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam dan luar Negara yang menjadi satu bonus kepada ahli yang mencapai target,” ujar Salehin lagi.

Bercerita tentang harapan terhadap perniagaan yang dijalankan olehnya, Salehin mensasarkan untuk lima tahun akan datang, agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bebas kewangan dan kekangan masa. Bagi diri sendiri pula dia meletakkan target untuk tersenarai antar ‘Top 1’ kategori pendapatan tertinggi diterima; yang mana hari ini namanya tersenarai di tangga 25 daripada ‘Top 50’.

“Kepada anda di luar sana, tidak kira apa yang ingin anda lakukan, perniagaan jenis mana yang anda ingin laksanakan; paling penting anda punyai impian dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Believe to see not see to believe,” ujarnya mengakhiri temuramah.

Sijil HALAL produk VEMMA

Untuk maklumat pengguna-pengguna beragama Islam, produk Vemma ini dijamin HALAL.

Oleh itu gunakanlah produk ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu. Sila lihat sijil halal yang dipaparkan di bawah.Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengguna produk Vemma ini , sila buat pembelian di laman web ini:-

Ataupun anda ingin menyertai VEMMA, pendaftran percuma.... Jgn lepaskan peluang....

Sijil AJL Malaysia

Syarikat VEMMA telah berdaftar di AJL
 (bkn Anugerah Juara Lagu TAPI Akta Jualan Langsung)

Kini Vemma telah berada di Malaysia dan beribu pejabat di 23-3, Blok D, Jaya One, 72A Jalan Universiti, Seksyen 17, Petaling Jaya. Ianya terletak berhadapan dengan UniTAR dan tidak jauh dari Pusat matrikulasi UIA. Ibu pejabat beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 10pg - 7ptg dan Sabtu dari jam 10pg - 2 ptg. Ibu pejabat boleh dihubungi di talian 03-7955 2222 dan faks di 03-7956 2222.

Vemma telah beroperasi di Malaysia sejak Mac 2006. Syarikat ini telah didaftarkan sebagai syarikat akta jualan langsung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Lesen pendaftaran syarikat boleh di lihat seperti di bawah ini. Lesen ini membuktikan bahawa perniagaan Vemma adalah sah di sisi undang-undang dan bukanlah "scam" atau skim cepat kaya. Sebarang pengesahan bolehlah dibuat melalui pihak KPDNHEP.


Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu untuk register, jangan takut lagi...
Marilah sama-sama kita menuju kejayaan...

Monday 21 March 2011

Mengapa Vemma?

Jawapan saya kepada anda: Kenapa pulak tidak?
  • Jika anda sanggup bersusah payah meredah kesesakan laulintas untuk ke tempat kerja tiap - tiap hari selama 8 jam; 5 hari seminggu; adakah sukar bagi anda menghabiskan hanya 1 jam sehari untuk bisnes vemma.
  • Pada setiap minggu anda menghabiskan sejumlah wang anda semata - mata untuk menampung kos ke tempat kerja dari sejumlah  gaji pendapatan anda yang tidak seberapa; kenapa pula anda tidak mahu memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk meningkatkan lagi pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan harian anda.
  • Anda ingin berbelanja lebih untuk keluarga anda, tapi malangnya beban hutang anda tidak mengizinkan anda berbuat demikian; jadi jika ada peluang untuk anda menambah sumber pendapatan anda walaupun bunyi macam "tak real" ; tidakkah anda ingin mengetauhui bagaimana?
  • Jika pada hujung bulan gaji yang masuk akaun bank anda hanya RM3000; sedangkan anda mempunyai peluang untuk menerima pendapatan sampingan sehingga RM2000 - RM3000 seminggu tak kanlah anda tidak mahu tahu bagaimana?  "Curiosity Doesn't Hurt You" dengan kata lain perasaan ingin tahu anda tidak akan menyusahkan anda; malah melalui perasaan ingin tahu anda terhadap bisnes ini; Insyallah boleh meningkatkan pendapatan anda.
  • Anda ingin berniaga, tetapi dimana pulak hendak dapatkan modal? Dari bank?; dengan pelbagai karenah dan dokumentasi diperlukan untuk memohon pinjaman; tidak kah ia akan membantutkan azam anda untuk berniaga. Saya dengar ramai orang putus asa untuk berniaga semata - mata karenah dari bank. Dengan bisnes vemma, anda tidak perlu sampai ke tahap untuk memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.
  • Tiada siapa yang boleh memaksa anda untuk mengubah diri anda untuk menyertai bisnes ini, malah saya sendiri tidak mengharapkan sebarang komitmen dari anda jika anda sendiri tidak serius mengenainya.Dengan sebab itulah anda diberi peluang untuk mendaftar secara percuma di bawah ini dan ihat apa sebenarnya bisnes vemma:

Bagaimana Hendak Bermula

Baiklah; sekarang saya akan terangkan bagaimana untuk menyertai bisnes Vemma; anda hanya perlu mengikuti langkah - langkah seperti dibawah ini:

Pre Enroller - Daftar Keahlian
1.Daftar secara percuma dahulu di website ini : http://www.vemmabuilder.com/910510305
2.Login ke email anda dan dapatkan ID dan Password sementara anda.

Daftar VemmaBuilder - Full Membership
1.Login ke website ini sebagai Pre Enroller: http://www.vemmabuilder.com/


2.Masukkan ID dan password anda.


3.Klik kepada link "GET STARTED" dan akan keluar satu borang.



4.Isi maklumat di borang itu dan klik "Submit".


5. Isi Maklumat - Maklumat Kad Kredit/Kad Debit Anda


6. Pilih Pakej Yang Anda Hendak Upgrade!



7. Pastikan anda tick kotak "Check" dan klik "Start Earning Now"- Tahniah Anda Telah Upgrade Member

* Untuk penerangan secara video sila tonton video bawah:


Video Penerangan Daftar VemmaBuilder
Video Penerangan

Daftar Akaun - Myvemma
Setelah anda menjadi Ahli Vemma; anda mesti membuka akaun anda Website Vemma.
Website ini adalah berlainan dengan website Vemmabuilder. Di website ini; anda dapat melihat akaun anda,kemaskini website anda dan melihat penyata bonus anda.

1.Pastikan anda telah menetapkan impian dan matlamat anda setelah menyertai bisnes vemma.
2.Setelah anda telah menjadi member; email akan dihantar untuk memaklumkan ID Member Vemma anda.(VID - Vemma ID anda sekarang telah menjadi 9 digit) dan klik http://www.vemma.com/
3.Kemaskini maklumat anda dan setup website http://www.vemma.com anda.
4.Klik link di atas yang bertulis "Account Login".
5.Klik "CREATE AN ACCOUNT".
6.Isikan semua maklumat yang diminta KECUALI - SSN/TIN/NRIC/VAT
(maklumat ini bagi ahli yang membayar tunai)
7. Bahagian "Old Password" dibiarkan kosong.
8. Klik Submit.
9.Promosikan laman website anda dan mahirkan diri anda dengan fungsi - fungsi backoffice di website Vemma dan Velmabuilder.

Video Penerangan Daftar Akaun MyVemma
Video Penerangan - Update Website MyVemma Anda

Jika anda keliru dan kurang pasti boleh hubungi saya di: fieza22@yahoo.com

Pelan Ganjaran Dwibarisan Vemma

PELAN GANJARAN Dwibarisan ( Dual Line Compensation Plan) berdasarkan konsep pembinaan dua pasukan yang mudah, iaitu satu pasukan kiri dan satu pasukan kanan. Oleh sebab anda hanya perlu membina dua pasukan sahaja, maka ia menjadi semakin menarik apablia ahli baru menyertai setiap pasukan dari barisan ke barisan dan membantu lebih ramai orang menikmati jumlah jualan dan mencipta lebih penjanaan (leverage) dalam pelan ini. Ini akan membolehkan anda memperolehi komisen bukan sahaja atas jualan peribadi sahaja tetapi juga atas jualan orang lain di bawah barisan anda, tanpa kira siapa yang mencapai jualan itu, walaupun mereka diletakkan di bawah barisan anda oleh upline anda!

Apabila anda menjadi seorang Ahli dan mengadakan pesanan Autoship untuk sekurang-kurangnya satu Program Pemakanan Vemma, anda akan menerima satu Pusat Perniagaan Vemma (VBC) dan laman web pemasaran percuma dengan serta merta. Anda akan diletakkan secara automatik dalam salah satu daripada dua kumpulan Pendaftarl (Enroller) anda. Kemudian, anda boleh menumpu perhatian untuk membina satu atau kedua-dua kumpulan anda dan menikmati komisen limpahan Ahli Baru dan Pelanggan yang didaftar oleh upline anda!

Apa yang hebat sekali ialah Pelan Ganjaran Vemma membayar bonus kepada Ahli pada setiap minggu supaya anda berpeluang menerima bayaran anda pada setiap minggu. Pesanan Autoship akan mengaktifkan keahlian anda selama lima minggu; iaitu pada minggu anda mengadakan pesanan dan empat minggu berikutnya.
Pelan Ganjaran Dwibarisan yang unik memberikan tiga cara kepada anda untuk mencapai pendapatan seperti berikut:
- Pendapatan Pembinaan Kumpulan ( Team Building Income)

- Pendapatan Runcit (Retail Income)

- Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)

1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan (Team Building Income)

Pendapatan Pembinaan Pasukan dicapai dengan mempromosikan peluang Vemma. Untuk membolehkan keahlian anda layak memperolehi pendapatan ini, anda hanya perlu menyertai program Autoship kami bagi sekurang-kurang satu Program Pemakanan Vemma (60QV) dan melayakkan keahlian anda dengan mengadakan satu Ahli Vemma yang aktif di kumpulan kiri dan satu lagi di kumpulan kanan anda. Ahli-ahli aktif di kedua-dua kumpulan kiri dan kanan mesti mempunyai pesanan minimum sebanyak 60QV tetapi mereka tidak diwajibkan untuk mempunyai keahlian yang layak.

Bonus berikut merupakan berbagai-bagai pendapatan Pembinaan Pasukan yang anda layak perolehi!
Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera)
Hanya untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian Ahli baru mereka, termasuk pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap Ahli sekali sahaja dalam hidupnya.

Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat)

Pesanan Sebanyak 60QV
Pendaftar yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat USD10 dolar atas 1 Pak; USD20 atas 2 Pak. Untuk memperolehi Bonus Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan sebanyak 60QV

Vemma Nutrisi Program Bonus Perolehi QV / CV

Consistency Bonus (Bonus Konsistensi)
Sebagai Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3 Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan.
Vemma Nutrisi Program Bonus Perolehi


Cycle Bonus (Bonus Kitar)

Pada hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan (180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak dalam keahlian anda.

Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.
Vemma Nutrisi Program Jualan Pertama QV / CV Jualan Seterusnya QV / CV

Cycle Bonus bagi setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan. Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.

Anda tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang aktif. Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4 minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.

Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar)
Bonus ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma (120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan)
Anda bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.



Pemampatan: Jika Pendaftar tidak layak untuk mendapat Matching Bonus atau Second Tier Matching Bonus, maka upline Pendaftar pertama yang layak akan menerima Enroller Maching Bonus. Second Tier Matching Bonus akan diserah kepada upline Pendaftar seterusnya yang layak. Enroller Matchning Bonus dan Second Tier Matching Bonus tidak akan dimampatkan kepada orang yang sama.

2. Pendapatan Runcit (Retail Income)

Bonus Konsumer

Pendaftar boleh mendapat bonus konsumer atas pembelian produk daripada konsumer yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus konsumer bagi Taiwan dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan seterusnya.


3. Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)

3% daripada keseluruhan jualan Vemma akan diperuntukkan sebagai bonus kumpulan global yang berlangsung setiap 12 minggu bagi menggalak pembinaan pasukan dan kerjasama sesama pemimpin. Untuk melayakkan diri kamu menerima semua syer daripada bonus ini, bilangan Bonus Kitar anda mesti mencapai atau melebihi syarat kitaran tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap pangkat yang kamu tercapai dan berkelayakan menerima bonus juga menghakkan kamu menerima satu syer daripada pangkat yang sebelumnya. Ini membolehkan kamu berpeluang untuk menerima sebahagian syer daripada pangkat lain.
Dana Global Bonus Peratusan Separuh Bahagian Seluruh Bahagian



Malahan, dengan mencapai kitaran tertentu dalam tempoh empat minggu anda boleh mencapai pelbagai pangkat dan diperakukan sebagai pemimpin!