Petikan dipetik daripada Majalah Jutawan Edisi Jun 2010
Dari insan biasa dia membina impian untuk menjadi luar biasa dengan cara luar biasa. Norsalehin Ismail, 28' anak kelahiran negeri yang sinonom dengan kepupularan ‘anak mami', hari ini nyata telah hampir memenuhi impian luar biasanya. Tika pemuda lain masih tergapai-gapai mencari arah dan matlamat hidup, namun tidak bagi graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam bidang kejuruteraan awam ini.
Lima tahun bertugas mengikut bidang yang dipelajarinya di pusat pengajian tinggi, bagi Salehin kepuasan yang diingini belum dikecapi. Terutama impiannya untuk mengubah nasib dan taraf hidup keluarga mendesak. Sedangkan modal menjadi masalah utama terutama apabila dia bukannya dilahirkan atas dulang emas.
Terlibat dalam dunia perniagaan internat secara tidak langsung siapa sangka memberi sedikit ruang sebagai jalan pintas kepada anak muda ini memenuhi impiannya.
“Saya memperjudikan nasib untuk mencuba perniagaan ‘networking’ secara ‘online’. VeMMA telah diperkenalkan oleh teman sosial yang dikenali di laman maya, Matt Morrow dari California. Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Royal Ambasadors ini yang memperoleh pendapatan lebih US100 ribu sebulan mengubah hati saya lantar terus membuat kajian mengenai produk yang ditawarkan, potensi dan peluang untuk mencapai kejayaan bersama perniagaan yang mana saya sendiri tidak kenali,” cerita Salehin mengimbau pertemuan awal bersama syarikat yang kini memberi banyak peluang yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini.
Menurut Salehin, enam bulan pertama perniagaan yang dijalankan secara sambilan ketika itu memperoleh keuntungan sekitar RM500 hingga ke RM1000 sebulan. Melihat kepada peningkatan pendapatan pada perniagaan yang dibina, Salehin nekad melepaskan jawatan disandang untuk memberi perhatian kepada perniagaan online ini tanpa berpaling lagi.
“Perniagaan online VeMMA cukup mudah. Modalnya sekitar RM342 iaitu pembelian untuk set produk, mempunyai sebuah komputer atau komputer riba dan talian internet. Itu sahaja. Perniagaan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa batasan. Namun harus diingat, perniagaa ini tidak terikat dengan majikan dan masa kerja 9 hingga 5; tetapi anda harus punyai komitmen dan disiplin yang tinggi agar usaha yang ada tidak kandas di pertengahan jalan,” ujar Salehin lagi.
Menurutnya lagi, rutin hariannya sama seperti mereka yang kerja bermajikan yang mana, awal pagi dia akan bersedia seolah-olah ingin ke pejabat. Selepas sarapan pagi, yang membezakannya ialah dia tidak perlu tertekan dengan kesesakan lalu lintas, tidak perlu mengeluarkan modal untuk petrol dan tol. Tetapi dia akan membuka computer ribanya, Menjawab semua email diterima dan membuat panggilan susulan dengan rakan niaga yang lain. Jika perlu dia kemudiannya akan berkunjung ke ibu pejabat di Petaling Jaya untuk berdiskusi dengan rakan niaga tersebut.
Nyata usaha Salehin tidak sia-sia kerana selepas tiga tahun produk berasaskan jus berkhasiat buah manggis ini bukan sekadar memberi pertambahan ketara dalam nilaian ringgit miliknya, juga seluruh kehidupannya sekeluarga. Namanya bukan sahaja berada di pangkat Elite Team dalam ‘VeMMA Group’ malah lebih membanggakan dirinya turut diiktiraf sebagai Jutawan Muda Melayu VeMMA pertama di Asia dengan puluhan ribu ahli yang berada di bawah naungannya.
“Keistimewaan VeMMA juga selain telah menembusi pasaran 56 Negara, malah syarikat yang diasaskan oleh BK Boreyko, pengasas VeMMA dari US ini juga tidak memerlukan modal besar untuk menyertainnya. Dan ia cukup jika sekadar mengguna sendiri atau bersama keluarga produk terbabit. Anda juga tidak perlu risau berkaitan sewa pejabat setiap bulan serta lain-lain keperluan kerana pejabat anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja."
“Walaupun masih baru dalam industri ini, namun bersama syarikat ini saya mengenal dunia luar seperti mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam dan luar Negara yang menjadi satu bonus kepada ahli yang mencapai target,” ujar Salehin lagi.
Bercerita tentang harapan terhadap perniagaan yang dijalankan olehnya, Salehin mensasarkan untuk lima tahun akan datang, agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bebas kewangan dan kekangan masa. Bagi diri sendiri pula dia meletakkan target untuk tersenarai antar ‘Top 1’ kategori pendapatan tertinggi diterima; yang mana hari ini namanya tersenarai di tangga 25 daripada ‘Top 50’.
“Kepada anda di luar sana, tidak kira apa yang ingin anda lakukan, perniagaan jenis mana yang anda ingin laksanakan; paling penting anda punyai impian dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Believe to see not see to believe,” ujarnya mengakhiri temuramah.
No comments:
Post a Comment